Aug
15
Things I Pick Up This Week (& To Ponder)
August 15, 2009 | |
1) Mendapat Melaka seolah-olah meletakkan jari di Venice - kata-kata pedagang asing pada abad ke-15.
2) Pembinaan Kota A’ Famosa dibuat hasik pemusnahan tempat-tempat beribadat dan bangunan-bangunan yang menggambarkan Tamadun Melayu Melaka pada ketika itu.
3) Kita biarkan kaum Cina bangunkan ekonomi dan mendapat keuntungan lebih demi kepentingan negara. (Keuntungan ekonomi sepatutnya dibahagi mengikut nisbah penduduk)
4) 446 tahun Melaka dijajah. Bagaimana hendak mengubah minda rakyat kita yang masih dibelenggu oleh pengaruh mereka?
5) Mengapa orang Melayu pada pemerintahan British di Tanah Melayu tidak diberi peluang bekerja di ladang estet dan lombong bijih timah?
6) Konsep 1 Malaysia telah lama diamalkan di Sabah dan Sarawak.
7) Is it better to take sides or to just sit and watch?
8] A leader: Someone who can unite the whole nation but not his own family?
9) Personaliti adalah topeng. Kita pakai topeng yang berbeza mengikut situasi.
10) Undang-undang kita ada/cukup tetapi penguatkuasaan lemah.
11) Sampai bila kita hendak ajar rakyat kita kalau diikat tangan ke belakang dan disuap.
12) Pegawai PTD jangan jadi seperti burung kakak tua yang diajar bercakap.
13) What will happen in the younger generation if we, now make the wrong decision?
14) Fahami bahawa setiap dasar kerajaan yang dibuat sejak kemerdekaan adalah atas dasar perpaduan.
15) Berlaku salah tafsiran agama berdasarkan kepentingan individu atau politik kerana tidak faham agama.
16) Am I a terrorist? (Just because I am a Muslim)
17) Kenapa umat Islam menjadi penakut untuk pertahankan Islam?
18) 209 tahun Melaka tiada masjid sewaktu pemerintahan Portugis.
19) Masjid Kampung Hulu merupakan masjid pertama orang Islam di Melaka dibina oleh orang Arab.
20) Berpolitik mengikut undang-undang. Kepentingan negara melebihi segala-galanya.
21) Tanggungjawab kita untuk menyuarakan kebenaran. Tak kisah apa pun, yang penting buat.
22) Ilmu yang ada jika tidak dikongsi, tidak berguna.
23) Kasihan orang Melayu di negeri yang diperintah ‘pembangkang’.
24) Baca tentang Manuhara dengan Sultan Kelantan.
25) NS bakal dikuasai ‘pembangkang’ pada pilihanraya akan datang.
26) Rakyat yang tidak terdidik dengan undang-undang menjadi hakim dan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi.
27) Rakyat yang pilih pemimpin. Apa keputusan pemimpin tanggung sendiri. (Merujuk kepada rakyat di negeri-negeri tertentu)
28) Terdapat perbezaan pada maksud ‘rakyat’ dan ‘warganegara’.
29) Kaum Melayu dikatakan kaum pendatang?
30) Hak istimewa orang Melayu di Singapura wujud dalam perlembagaan mereka.
31) Demonstrasi pertama orang Melayu adalah penentangan terhadap Malayan Union.
32) Nasib orang Islam di Selatan Thai, China dan tempat lain di dunia. Apa jadi?
33) Ketuanan Melayu perlu terus kekal. (Kerana itu sahaja yang kita ada sekarang, tak tahu lah selepas pilihanraya seterusnya akan lenyap)
34) Jangan jadi orang Melayu yang tidak ada agenda Melayu.
35) Lagu Warisan menyayat hati sampai ke hari ini.
36) Thank you to the older generation for providing us with ‘kesenangan’ today.
Comments
You must be logged in to post a comment.